Karuizawa
Seawal pagi lagi kami bertolak ke stesen kereta api Ueno untuk menaiki shinkansen (bullet train) ke Karuizawa. Tak sangka saya berpeluang untuk menaiki kenderaan yang sememangnya sinonim dengan negara Jepun ini. Jangan terlepas kerana setiap kereta api datang dan sampai ke destinasi tepat pada masanya. Kuraizwa di Nagano berjarak kira-kira 150km dari Tokyo, dan mengambil masa 2 jam 30 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Shinkansen aliran Nagano hanya mengambil masa 80 minit untuk ke Kuraizawa, separuh daripada masa perjalanan! Harga tambang sehala adalah dalam anggaran 5500 yen. Kami diberitahu penduduk Tokyo akan ke Karuizwa untuk aktiviti musim sejuk kerana kemudahan shinkansen menyenangkan perjalanan mereka ke sana.
Tiba sahaja di Karuizawa, kami bukan sahaja dijemput oleh pemandangan putih salji yang memukau, malah angin dingin turut berhembus menerima kedatangan kami. Sangat sejuk! Kalau di bandar Tokyo suhu 7 darjah Celcius sudah cukup sejuk, di Karuizawa suhu waktu siang adalah -2 darjah Celcius dan boleh turun hingga – 12 darjah Celcius pada waktu malam. Walaupun digamit angin dingin, ia langsung tidak menghentikan saya daripada mengambil gambar kawasan sekeliling yang terlalu cantik untuk direkod.
Tempat persinggahan pertama kami adalah Karuizawa Prince Snow Resort, sebuah pusat peranginan yang menyediakan kemudahan aktiviti musim sejuk seperti sleding dan snow tubing serta aktiviti yang lebih lasak antaranya ski dan snow boarding. Jika anda tidak mempunyai peralatan dan pakaian yang bersesuaian, jangan khuatir! Di sini juga disediakan perkhidmatan sewa pakaian dan but serta peralatan untuk ski dan snowboarding. Harga yang dikenakan berbeza mengikut keperluan aktiviti.
Untuk makan, ada beberapa outlet dan kiosk. Kami mencuba pilihan selamat iaitu kiosk kebab di luar tempat permainan kanak-kanak yang diusahakan oleh En. Hamid dari Turki. Selepas penat bermain salji, dan dalam cuaca yang sejuk, kebab panas amat-amat menyelerakan bagi kami yang lapar.
Tempat penginapan kami di sini tidak jauh dari resort ski, cuma 15 minit dengan menaiki kenderaan. Karuizawa Prince Hotel West, salah satu hotel milik Prince Hotel yang juga memiliki resort ski di situ. Terdapat satu lagi hotel di bawah pemilik yang sama, jadi jangan tersilap apabila anda membuat tempahan. Saya amat sukakan hotel ini kerana ruang biliknya yang luas dan pemandangan dari tingkap bilik yang sangat istimewa, seolah-olah satu lukisan gambar hutan salji dilekatkan ditingkap saya. Amat menakjubkan!
Sebab utama saya tegaskan untuk jangan tersilap membuat tempahan adalah kerana, Karuizawa Prince Shopping Centre terletak betul-betul di hadapan hotel. Cuma 5 minit berjalan, anda akan terus sampai ke plaza membeli-belah ini. Kalau anda kaki membeli-belah, saya cadangkan untuk anda luangkan masa di sini dan susun dahulu perjalanan anda sebab tempat ini sangat besar! Sebelum masuk ke dalam, pelanggan boleh mendapatkan peta lokasi yang menyenaraikan 140 butik barangan berjenama dan peralatan sukan. Plaza membeli-belah ini dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga ke 7 malam. Saya cuma berkesempatan beberapa jam di sana tetapi saya berjaya untuk ‘window shopping’ di semua kedai. Penat juga untuk menghabiskan satu pusingan. Kawasannya begitu luas sehinggakan saya sampai semula ke stesen kereta api yang saya tiba pada pagi itu. Nasib baik hotel tidak jauh daripada plaza, kalau tidak mungkin saya tidak mampu untuk berjalan pulang. Lebih-lebih lagi kerana tangan sudah penuh dengan pembelian di sana.
Saya agak sedih untuk meninggalkan Karuizawa kerana keadaannya yang relaks dan mendamaikan. Sangat-sangat berbeza dengan Tokyo yang sibuk dan 2 hari di Tokyo sebenarnya agak memenatkan kerana orang di Jepun semuanya berjalan laju! Semuanya bergerak dengan pantas, jadi terasa seperti sedang terkejar-kejar. Jika saya kembali ke Jepun, Kuraizawa semestinya menjadi pilihan untuk saya datang lagi.
First published on Cuti Cuti Isu 006, Pelancongan Muslim ke Tokyo, AmLeisure Media
================================================================================
Author’s Profile: Keanorlinsya (12letterword.blogspot.com)
. Traveller . Food Fanatic . Dreamer .
I not only dream of things, I take the necessary steps to turn it into reality. There are three things that I strongly hold close to myself: Family, Friends and Travelling. I see challenges as a way of improving myself, not a way to put myself down in any way.
================================================================================
Shop Our Gears
Camp & Hike
TAHAN
COMBO
SLEEP SYSTEM
More tips that you might find useful:
12 Secrets to Getting Cheap Flights in Malaysia
马来西亚露营:户外探险综合指南
Camping in Malaysia: A Comprehensive Guide to Outdoor Adventures
Conquering Mount Kinabalu: A Hiker’s Guide to Malaysia’s Highest Peak
Camp Cooking Gear Guide – Build the Ultimate Camp Kitchen!
Top 5 Most Popular Campsites in Selangor
Ultimate Guide to Tropical Leisure Camping in Malaysia: TAHAN’s Top 5 Gear Picks
The Ultimate Guide to Hammock in Malaysia: Comfort, Adventure, and Relaxation