Hari Pertama

Penerbangan saya melalui Singapore Airlines dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 7 jam perjalanan tidak termasuk waktu transit di lapangan antarabangsa Changi. Singapore Airlines menawarkan penerbangan ke Haneda sebanyak 3 kali sehari dan 2 kali sehari ke lapangan antarabangsa Narita.

Menurut pemandu pelancong kami, lapangan antarabangsa Haneda adalah lapangan terbang kedua tersibuk di Asia dan berada di kedudukan keempat di dunia. Lapangan terbang Haneda kini lebih menjadi pilihan berbanding lapangan terbang Narita kerana lokasinya yang lebih dekat dengan Bandar-bandar di Tokyo.

Pelancongan Muslim Ke Bumi Tokyo (Part 1) - Masjid Camii, PTT Outdoor, Airport%252520 %2525201,

Sejurus mendarat di Haneda pada jam 6.10 pagi, kami segera ke bilik solat yang terletak di tingkat 3, lobi dewan perlepasan yang berdekatan dengan kaunter penyimpanan bagasi. Bilik ini dijaga rapi dan pelawat yang ingin menggunakan bilik ini hanya perlu  menekan intercom untuk memberitahu pihak  pengurusan. Bilik solat ini berkarpet dan dilengkapi dengan alat pemanas yang sememangnya amat membantu ketika suhu pagi Tokyo yang amat sejuk mula memperkenalkan diri.

Pelancongan Muslim Ke Bumi Tokyo (Part 1) - Masjid Camii, PTT Outdoor, Prayers%252520Room%252520 %2525201,
Bilik solat turut disediakan di lapangan terbang untuk mereka yang beragama Islam.

Kemudahan mengambil wudhuk turut disertakan. Disebabkan ruang bersolat ini adalah untuk dikongsi dan tidak diasingkan mengikut jantina, pintu di bahagian mengambil wudhuk  disertakan dan ini amat memudahkan bagi kaum wanita yang bertudung untuk mengambil wudhuk dalam keadaan selesa.

Camii Mosque, Shibuya

Selepas bersarapan di lapangan terbang, lawatan kami di bandar metropolitan Tokyo dimulakan dengan melawat Masjid Camii (sebutan Jame’) di kawasan Shibuya-ku. Anda sememangnya tidak akan terlepas pandang dengan masjid yang berwarna putih ini kerana seni bina klasik Ottoman yang jelas melalui eksterior bangunan terserlah berbanding bangunan-bangunan lain bersebelahan.

Masjid Camii yang juga Pusat Kebudayaan Turki, dibina pada tahun 1938 oleh masyarakat Turki-Kazahstan yang bermigrasi ke Jepun. Binaan asal adalah sebuah masjid dan sekolah dan diguna pakai sehingga masjid menjadi uzur pada tahun 1986. Tidak lama kemudian, Tokyo Camii Foundation memulakan  projek pembinaan masjid baru pada tahun 1998 dan dengan usaha serta kerjasama kerajaan Turki, masjid ini siap dibina dalam masa 2 tahun sahaja. Kerja-kerja pembangunan dan pembinaan masjid ini dilakukan oleh Kajima Corporation manakala dari segi interior dan artistik adalah hasil air tangan artisan dari Turki. Perkara menarik tentang pembinaan masjid ini adalah semua batu-bata, marmar dan bahan binaan yang digunakan didatangkan khas dari Turki manakala dana pembinaan masjid ini diterima daripada masyarakat Islam seluruh dunia.

Pelancongan Muslim Ke Bumi Tokyo (Part 1) - Masjid Camii, PTT Outdoor, Cammi%252520Mosque%2525201,
Pemandangan luar Masjib Camii yang amat megah

Kali pertama saya menjejakkan kaki ke dalam masjid, hati saya tersentuh dengan keindahan lukisan dan suasana yang mendamaikan. Hampir saya menitiskan air mata kerana terpegun. Pantas saya ucapkan puji-pujian kepada Allah Maha Esa. Siapa sangka di tengah-tengah Bandar Tokyo yang asing, saya dapat menikmati satu persekitaran yang dekat dengan jiwa saya.

Pelancongan Muslim Ke Bumi Tokyo (Part 1) - Masjid Camii, PTT Outdoor, Cammi%252520Mosque%2525204,
Bahagian dalaman Masjid Camii.

Di Masjid Camii, masyarakat Muslim di Tokyo (bukan sahaja berbangsa Turki, malah dari seluruh dunia) akan ke sana untuk berkumpul bagi aktiviti-aktiviti yang mengeratkan silaturrahim seperti sambutan Maulidur Rasul yang ketika itu baru sahaja selesai, khutbah dan solat Jumaat diikuti dengan perjumpaan dan makan tengah hari yang disediakan oleh komuniti Islam di sana. Ramai di antara mereka juga yang menjadi sukarelawan kerana masjid Camii bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadah malah, ia juga adalah satu pusat komuniti yang menawarkan kelas agama dan bantuan bagi pengurusan jenazah dan lain-lain upacara untuk masyarakat Islam.

Pelancongan Muslim Ke Bumi Tokyo (Part 1) - Masjid Camii, PTT Outdoor, Cammi%252520Mosque%2525202,

Pelancongan Muslim Ke Bumi Tokyo (Part 1) - Masjid Camii, PTT Outdoor, Cammi%252520Mosque%2525203,

Mereka juga mengamalkan konsep terbuka dan semua pelawat tidak kira bangsa dan agama termasuk penduduk asal yang berbangsa Jepun, dialu-alukan untuk melawat Masjid Camii. Usaha ini mereka sifatkan sebagai usaha untuk memperkenalkan nilai-nilai sebenar Islam dan memberi pemahaman kepada masyarakat bukan Islam yang mempunyai stigma negatif terhadap agama Islam.

Pelancongan Muslim Ke Bumi Tokyo (Part 1) - Masjid Camii, PTT Outdoor, Cammi%252520Mosque%2525205,

Jika anda berkesempatan, luangkan masa untuk bersolat di sini dan nikmati sendiri keindahan dan kedamaian masjid Camii bertata rias Ottoman klasik yang menawan

First published on Cuti-Cuti Isu 006, Pelancongan Muslim ke Tokyo, AmLeisure Media

PART 2: Pelancongan Muslim Ke Bumi Tokyo (Part 2) – Kembara Bandar Tokyo
PART 3: Pelancongan Muslim Ke Bumi Tokyo (Part 3) – Kembara Asakusa
PART 4: Perlancongan Muslim Ke Bumi Tokyo (Part 4) – Melawat Menara Tertinggi Di Jepun

================================================================================

150 x 150 Author’s Profile: Keanorlinsya (12letterword.blogspot.com)
. Traveller . Food Fanatic . Dreamer .

I not only dream of things, I take the necessary steps to turn it into reality. There are  three things  that I strongly hold close to myself: Family, Friends and Travelling.  I see challenges as a way of  improving myself, not a way to put myself down in any way.

================================================================================

 

Shop Our Gears

More tips that you might find useful:

4 thoughts on “Pelancongan Muslim Ke Bumi Tokyo (Part 1) – Masjid Camii

  1. Pengikut Yg Benar says:

    Kebanyakkan negara non muslim menyediakan kemudahan asas untuk agama lain termasuk muslim utk bersolat,tapi aku heran kenapa pula negara Islam tidak begitu.agama rasis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *